About me

My photo
Seorang insan yang diberi nama Ummi Nabilah bt Md Moksin... berasal dari selangor... dan kini ku telah menjadi seorang guru di Tadika Islam An-Najwa. ingin mendidik anak-anak kecil generasi islam kearah mengenal penciptanya dan mendapat perkembangan secara holistic(IREJ).insyallah

Tuesday 23 August 2011

~ Kemanisan Bermadu Dua ~

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya – "

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday 2 August 2011

~ adakah kita ingin jadi seperti tukul besi dengan paku??? OH TIDAKKKKK ~

>>> insan di sekeliling kita hanya mampu memberi kita kata2, dorongan untuk membuatkan kita lebih semangt untuk maju kehadapan tapi adakah kita ingin sentiasa mengharapkan kata2 n dorongan itu, ingatlah sahabt Allah telah berkata "seseorang itu mampu BERUBAH apabila dengan kehendak dirinya SENDIRI ingin berubah " INSYALLAH, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... oleh itu sahabat marilah kita sama2 melonjakkan diri kita menjadi seorang hamba sebenar2 hamba di muka bumi ini, dan garapalah seberapa banyak barakah di sepanjang bulan Ramadhan ini INSYALLAH kita akan menjadi insan yang soleh dan solehah AMINNN.. <<<

Friday 29 July 2011

~ SAHABAT SAYANG KAMU ~

♥ஜ♥ Duhai sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Indah anugerah PERSAHABATAN ini...
(¯`•.Bersama-sama mencari cinta Ya Rabb...
(¯`•.Bersama-sama dahagakan hidayah Ya Muhaimin...
(¯`•.Bersama-sama mendambakan syurga abadi Ya Rabbul Izzati...

♥ஜ♥ Ingatlah sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Bumi kita bumi yang payah..
(¯`•.Penuh ujian dan cabaran dariNya..
(¯`•.Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah..
(¯`•.Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah..
(¯`•.Perjuangan itu amat susah duhai sahabat..
(¯`•.Marilah kita harapkan keredhaan dari ALLAH..


♥ஜ♥ Senyumlah sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Senyumlah dan serilah wajah..
(¯`•.Walau pudar dan hambar datang tidak sudah..
(¯`•.Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah..
(¯`•.Doaku agar kita berani seperti Hamzah..
(¯`•.Malah punyai semangat seperti Sumaiyah..

♥ஜ♥ Duhai sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Terima kasih untuk segalanya yang pernah kau beri padaku..
(¯`•.Maafkan daku tidak dapat menjadi sahabat yang baik padamu..
(¯`•.Sahabat...kau istimewa dikala susah dan senang.......♥♥♥

ஜ♥(¯`•.¸ღ..Syukur Ya Allah atas kurniaan tidak ternilai ini...
insan bernama SAHABAT....~~UKHWAH FILLAH~~..ღ¸.•´¯)ஜ♥

Saturday 23 April 2011

~ Jangan berperasangka buruk sesama insan, apatah lagi pada Allah SWT ~

Bismillah...disini ana ingin berkongsi sedikit nasihat dan dapat mengingatkan kita sebagai seorang hamba.. nasihat ini telah dipetik melalui sebuah buku yang bertjuk " Bila ALLAH menduka KITA " insyallah...

  Kenapa kita masih hendak berperasangka buruk dan mencari - cari kesalahnNya? berperangka buruk terhadap orang beriman sahaja sudah begitu buruk, apalagi jika kita menyangkaNya dengan prasangka yang bukan - bukan. perhatikan apa yang terkandung dalam Al-Quran tentang tiga jenis kesalahan ;
Firman Allah SWT :
" Wahai orang - orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari - cari keburukan orang dan janganlah memfitnahkan satu sama lain. adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( al- hujurat : 12 )
baca kembali sebahagian daria yat di atas, " apakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ?" apakah kita suka sekiranya kita duduk dihadapan mayat seorang yang sedang kita fitnah atau berperangka kemudian mencarik dan memakan daging di mayat dengan tenangnya? kita menyiat daging mayat yang teroamoang pucat didepan mata, kemudian masukkan ke dalam mulut kita, sehingga menelan habis daging mayat tersebut. sudahkah kita terbayang gambaran itu didepan mata kita? adakah kita suka melalui situasi sebegini? bukankah kita merasa jijik? 

wahai sahabat sekalian mari kita renungkan berperasangka kepada orang - orang beriman sahaja sudah begitu besar dosanya, bagaimana pula sekiranya kita berperasangka terhadap Al- Mukmin, Al, Muhaimin, Al- Aziz, Al-Jabbar, Al- Mutakabbir? a'uzubillah himinzalik. semoga kita tidak tergolong dalam golongan di atas.. andai kita pernah melalui situasi sebegini marilah kita perbanyakkan ishtifar dan muhasabah diri agar ROB kita mengampuni dosa - dosa kita sebagai seorang hamba yang lemah....

~~ 2 Kunci Kebahagiaan~~ : )



Allah memberikan dua ubat penawar yang mampu menjadikan setiap orang yang memilikinya selalu berada dalah kebahagiaan dan beruntung. tidakkah anda ingin memilikinya? adakah anda mengetahui apakah kedua - dua penawar tersebut, dan dalam keadaan yang bagaimana anda mesti menggunakannya? ya, tentu sahaja kedua hal ini merupakan penawar terhadap dua bentuk ujian iaitu ujian nikmat dan ujian dugaan, ujian kesenangan serta ujian kesusahan. kedua kunci kebahagian ini merupakan istilah yang sudah sering dengar tapi mungkin belum kita fahami dengan baik. ujian nikamt memiliki ubat penawarnya sendiri dan ujian dugaan juga. sekiranya setiap ujian ini tidak diberi penawarn yang sesuai malah ditangani dengan cara yang tidak betul, maka orang yang diuji akan terjelepok dan boleh terjerumus kedalam kehancuran. apakah  penawar bagi setiap ujian tersebut? apakah kunci kebahagiaan yang dimaksudkan?
Dua kunci kemenangan dan kabahagiaan itu adalah SYUKUR dan SABAR. SYUKUR adalah salah satu dari dua kunci ini dan merupakan ubat penawar terhadap ujian kesenangan. sementara SABAR adalah kunci kemenangan, kebahagiaan dan merupakan penawar atas ujian kesukaran. kedua - duanya memberi kesempurnaan bagi agama seseorang dan akhirnya akan memabawa orang - orang yang memilikinya pada kehidupan yang tenteram dan menyenangkan. sekiranya seseorang tidak memahami dan tidak memiliki keduanya, tentu kehidupannya menjadi kacau dan sengsara. Maka ingatlah, kesanangan  ( nikmat ) bukanlah kebahagiaan yang sejati dan kesusahan ( dugaan ) bukanlah kesengsaraan yang kekal abadi. jika seseorang itu memiliki dua sikap mulia di atas, maka tidak ada sesuatu pun yang perlu dikhuatirkan di dunia ini. Batu krikil akan menjadi emas dan nasib buruk akan kembali menjadi keuntungan yang besar. Umar bin Khattab r.a ada berkata, "  Seandainya sabar dan syukur itu dua ekor unta, maka aku tidak peduli yang manakah di antara keduanya yang aku naiki." sementara Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, " Iman adalah dua bahagian, satu bahagianya ialah sabar dan sebahagian lagi ialah syukur." Dengan demikian, akan menjadi sempurna keimanan seseorang sekiranya dia memiliki kedua kriteria ini. insyallah....

Friday 15 April 2011

~remember Allah_always~ ;)

" bila hati merintih derita, jiwa merasa sengsara, carilah Allah, jika hati merasa bahagia, kongsilah bersama Allah... insyallah jiwa akan tnang buat selamanya... amin"

~Allah Maha Memberi Pertolongan~

Prjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri2 yang mncngkam leluhur daging. Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah.Tp, bagi seorg pejuang,ksakitan itu ibart tiupan lembut angin dr jannah dan tegukan air pnyejuk tekak di pdang pasir...tinggalkan rsa duka smmpumu ...krn mmikul beban duka bleh mmbuatmu gila.Kelmarin Tuhan telah menolngmu. Percyalh, esok pn Dia msih akn ttp mnolongmu. -Imam As-Syafi'e-